Wednesday, April 11, 2012

Friday, April 6, 2012

Coretan terakhir sang puitis yang terseksa.


Izinkan coretan yang hina ini diberi laluan buat malam yang fana ini.

Aku tahu, aku tidak layak untuk menerima seseorang insan sepertimu, mahupun beritahumu sebegitu. Namun, jikalauku tidak memberitahumu, hatiku tetap merasakannya. Sudah ku janji untuk tidak mendatangkan lagi kepayahan dalam hidupmu, dan ku sanggup beransur kembali seperti mana keadaan kita sebelum bertemu.

Aku tahu, sudah banyak keheningan yang ku tinggalkan, sudah hancur hidupmu ku perlakukan. Tiada sepatah ayat, mahupun satu perlakuan yang ku buat yang tidak menyakitimu. Oleh itu, kufaham sekiranya kau tidak mahu berbicara sesamaku, dan jikalau kau melangkah keluar dari hidupku, aku nampak kebijaksanaan keputusanmu dan merelakannya.

Namun, aku tidak akan mengaku kalah, tiada bendera putih, tiada melutut ke tanah, keranaku amat menyayangimu, dan akan senantiasa fikirkanmu walaupun kau tiada lagi disisiku.

Jikalau kita bersua muka dimasa hadapan, dimana aku rasa kita akan berjumpa lagi, akanku lihat mu pergi, sambil lidah terkelu, mata terpadam, mulut tertutup, aliran air mata jelas terpampang, memikirkan betapa kau sudah pun mencorak hidup masa hadapanmu tanpaku.